nuffnang ads

Monday, April 28, 2014

resepi rainbow kek

Assalamualaikum semua....

first sebab nak buat resepi rainbow kek nie, bila pergi majlis pertunangan kawan, dia bagi rasa satu slice kek rainbow nie,bila ngap je perghh terus jatuh cinta sampai nak mintak tambah lagi kek tu kat kawan,hehe

tapi jenis izan nie, tak suka nak membeli or order kek dari orang lain, izan suka cuba bua sendiri dulu.kalau betul-betul tak jadi barulah order dekat orang yang pandai buat. so bermulalah episod meng google resepi rainbow kek.

pelbagai link muncul, cuma korang kena pilih je nak ikut resepi yang mana satu. izan ada salin few resepi dari 2-3 blog. first attempt buat kek nie tak jadi, kek dia macam padat and tak gebu, terpaksa buang semua adunan kek tu :( i is so sad! 

tapi tetap jugak tak putus asa, so terjumpa resepi dari blog kak rahel! and finally kek rainbow menjadi.dan mendapat pujian sedap dari family dan kawan.hihihi

so nak share resepi dari kak rahel dekat sini, mintak halal copy ya kak rahel.


Bahan:
250g mentega
220g tepung kek}
1 sudu teh serbuk penaik},diayak (A)
200g gula kastor
4 biji telur gred A
5 sudu makan air susu
1 sudu teh esen vanila

pewarna (yang ni korang pandai2lah letak pewarna)

Cara:
1.Griskan acuan bulat 6".Lapiskan dengan kertas serap minyak.
   Panaskan ketuhar pada suhu 170"C.
2.Pukul mentega dan gula kastor dengan kelajuan sederhana sehingga kembang
   dan putih.
3.Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga
   sebati.
4.Masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan esen
   vanila.Gaul hingga rata.
5.Bahagi adunan kepada 7 bahagian.Warnakan.
6.Bakar adunan selapis demi selapis selama 20 minit pada suhu 170'C.
7.Setelah kek masak,biarkan sejuk baru hias dengan krim mentega.


Resepi krim cheese amik dari blog kak nor:


Bahan :
500 grm whipping cream - brand VIVO
250 grm cream Cheese - brand Phillidephea 
60 grm gula icing ~ 
100 grm butter ~ k.nor guna 100gm jer
2 titik lemon paste

Cara :
Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.

nie pulak rupa kek yang izan buat, sorry tak pandai nak deco-deco bagi cantik! hahaha tapi kek nie memang sedap! lembut and terasa cream cheese dia tu. so korang patut cuba.




till then.....

4 comments:

  1. bestnya...mcm nak buat jek..tapi masa tak de la...sedapnya kek....

    ReplyDelete
  2. Tgh cari resepi rainbow cake, terjumpa resipi awk. Thanks dear! Nampak menarik sgt kek awk ;)

    ReplyDelete
  3. pandainyaaaaa buat kek berwarna-warni..kita nak bt kek coklat pun berzaman..hehehehe!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails